Sunday 29 March 2009

Marhaban Ya Noural Aini...



Marhaban
Album : Jalan Yang Satu
Munsyid : Diwani
http://liriknasyid.com

Marhaban Ya Nural Aini
Marhaban Ya Jaddal Husaini
Marhaban Ya Marhaban Ya
Marhaban Ya Nural Aini

Wahai Nabi ibarat purnama
Hiasan dunia sasaran harapan
Tiada yang menyamaimu
Seluruh makhluk hatta di syurga

Wahai Nabi kekasih Allah
Tolonglah kami kerana Allah
Redhalah kami sebagai umat-Mu
Moga selamat dalam syafaatmu

Lagu : Abdullah Ariffin (AKSB)
Lirik : Abdullah Ariffin (AKSB)

Ps: Teringat kat nenek kat kampung, nama nenek sebelah ayah, Maimunah...ingat masa kecik2 dulu, tanya tok (kami panggil nenek, Tok)...Tok, tu gamba bila tok? Gambar menunjukkan tok berbaris dalam cam susunan nasyid, ramai gak dalam 20 orang...Tok jawab tu gamba masa tok gi ber marhaban dengan kawan-kawan ... comel je...:)

Masa zaman2 sekolah rendah dulu, masih ingat lagi, sekolah agama disebelah petang di Masjid Raja dengan Ustaz Kamal (May Allah bless him always) , lulusan Al Azhar dan baru je habis belajar.....kami, budak2 di minta hafal marhaban dan present depan ibu bapa, dan juga lagu wahai pemuda dan lagu Allahu ghayatuna...banyak belajar ngan ustaz Kamal tu, i respect him a lot and i believe his sincerity makes him shines upon the rest....he was the first person who instilled the value of hijab in my life...zaman2 tu, tak ramai pakai tudung, kalau pakai pun ala2 jambul kuar, hehe...dia kata kat kami anak2 masa tu...yg perempuan, nanti pastikan menutup aurat, tutup la kepala dengan apa jua pun, hatta kalau takde kain dan masa tu ada guni beras, ambik guni beras tu dan letakkan atas kepala, tu menunjukkan pada saya betapa beratnya keperluan hijab ini... Moga Allah mengganjari pahala yg sebanyak2nya kepada murobbi2 yg telah membentuk saya selama ini...I wont be the person I am today if not because of them...Allahummaghfirlahum...

erm..zaman dolu2 orang bermarhaban, zaman sekarang? Manusia ber AF? iskk.....

Monday 23 March 2009

Muhammad Nabina



Apa bestnya dengan lagu ni? Lagu ni bertajuk Muhammad Nabina

Ada cerita disebalik lagu ni....membawa kenangan indah semasa Haji...

On the way ke Masjidil Haram drp apartment kami, akan lalu satu lorong ni, tak sure nama apa lorong tu....dari apartment ke rumah dalam 5 minit berjalan kaki (kalau x ramai orang)..ada satu kedai jual vcd di lorong tersebut, dan memasang speaker yg kuat...kedai tu memutarkan lagu diatas ni non stop (masa bukan azan dan bukan masa solat)...

Jadi akan melekat lagu ni di kepala, and now, everytime dengar lagu ni, mesti nostal berjalan kaki ke masjidil haram tersebut...:)

Saja letak entri ni, untuk kenangan peribadi... Maaf jika tidak berkenaan dengan pembaca...

Alhamdulillah syukur


Alhamdulillah Syukur, Alhamdulillah Syukur, Alhamdulillah Syukur Ya Rabbi...

Syukur di atas segala nikmat yang Allah di berikan kepada hambaMu yang fakir ini...
Terkadang di dalam kekusutan minda, ada terdetik jua lupa mengucapkan syukur pada Yang Esa...

Muhasabah diri : Banyak nikmat-nikmat yang Allah telah berikan kepadaku semenjak lahir lagi, tiada putus2...Allah sentiasa menjagaku, terima kasih Ya Rabbi di atas kurniaanMu...ampunkan daku kerana kurangnya bersyukur di atas segala nikmatMu itu...

Syukur jua di berikan peluang untuk menunaikan ibadat Haji tahun lepas...Allah Maha Besar, sesungguhnya, Allah Maha Hebat... sebelum aku memulakan pengajian phD ku, aku telah sematkan untuk membuat haji semasa belajar, subhanallah, aku amat bersyukur Allah menerima hajatku....

Gambar diatas adalah gambar yg diambil drp kamera salah seorang rakan yg pergi bersama haji...Gambar tersebut didalam Masjid di Arafah...Hari Arafah yg istimewa utk mereka yg menunaikan Haji, keistimewaan ini tidak diberikan kpd mrk yang menunaikan umrah sahaja....Alhamdulillah sekali lagi, Allah memberi peluang kepada kami untuk bermunajat sepanjang Hari Arafah di dalam masjid berhawa dingin...Gambar diatas menunjukkan saat2 akhir sebelum habisnya hari Arafah, hari yang amat maqbul doanya di situ...semua mengangkat tangan ke hadrat Ilahi, memohon, merayu akan keampunan dosa-dosanya...

Alhamdulillah Ya Rabbi...syukur..

Thursday 19 March 2009

Fa Sabrun Jameel

Hidup ni tak lekang dengan mehnah dan tribulasi...tidak dinamakan hidup jika ianya tiada pasang dan surutnya...

Seperti mana firman Allah s.w.t. dalam surah Al Ankabut :

Alif, Laam, Miim. (1)

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (2)

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (3)

Begitulah hidup orang yang beriman, pasti akan ada ujian...ujian datang dalam pelbagai bentuk..kadang-kadang dalam berbuat baik pun akan ada ujiannya...

Kadang-kadang ujian hati tu antara yg terberat...seperti yg tercatat dalam sejarah, fitnah terhadap Aisyah, r.a....beratnya hati menanggung segala kata-kata manusia sekeliling, walhal, Aisyah selama itu sentiasa bersama nabi Muhammad s.a.w, menjadi pendokong dakwah yang setia....hinggakan terucap kata menggambarkan rasa...yg terbit dari bibir sepantas mehnah yang di timpa...seperti kata Nabi Yaakub. a.s ketika ujian menimpanya :

.....bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya (fa sabrun jameel), dan Allah jualah yang dipohonkan pertolonganNya, mengenai apa yang kamu katakan itu." (Yusuf: 18)

Begitulah jua ucapan ku dan ucapan ku kepada sahabat2 ku... FA SABRUN JAMEEL...Wallahu Musta'aanu 'ala ma tasifun..

Sunday 15 March 2009

Wawasan Akhirat


Baru seusai mendengar rakaman ceramah Ustaz Zaharuddin yang dijemput ke Sheffield, 14th of March untuk memberi ceramah tentang Maulidur Rasul...Malam tu ana tidak dapat utk hadir ke majlis tersebut, Allah memberi ujian berupa demam dan sakit tekak...Alhamdulillah 'ala kulli haal...


Maulid Nabi - Aqidah - Ustaz Zaharuddin

Ceramah ustaz zaharuddin begitu menyentuh jiwa dan dengan intonasi dan diselangi lawak jenaka..
Konsep ceramah beliau adalah mengenai akidah...sangat menarik, dimulakan dengan kematian kita yang sudah pasti, liang lahad yg menghimpit...adakah kita sudah bersedia menghadapinya? (Oh ye, takziah buat Kak Su sekeluarga, moga ruh ayah Kak Su ditempatkan dengan roh2 orang2 yang soleh..ameen)

Kemudian beliau bercerita tentang syirik yang menjadi amalan kebiasaan orang kita, suka berjumpa dengan bomoh2, percaya pada ayat yang ditampal dalam rumah, percaya dengan bintang (leo, cancer, aries etc) ... semua ni akan menghijab amalan kita didepan Allah s.w.t.

Bagi ana, point yang paling striking adalah mengenai apakah persediaan yang kita di dunia ini untuk menghadapi alam barzakh yng ratio hidup di dunia dan di alam barzakh adalah amat jauh sekali...sanggup kah kita menghadapi liang lahad yang akan menghimpit di alam barzakh tersebut? (sedangkan terkepit tangan kat pintu pun sudah sakit sangat?!) Bagaimanakah kita nak mempastikan yang kita adalah orang yang terawal untuk di hisab di hari pembalasan, sedangkan 2 billion org Islam yg hidup sekarang + orang2 muslim yg terdahulu?

Ya Allah, takutnya memikirkan betapa sedikitnya amalan diri ini... Bagaimanakah diri ini dapat memastikan berada di queue utk pembalasan di hari akhirat antara orang yg terawal? Paling hebat pun mungkin akan di adili selepas para sahabat, dm riwayat Al Hakim seramai 70,000 orang , bagaimana pula dengan kehebatan ulama2 selepas itu, imam shafie, imam hambali, imam ghazali dan para2 syuhada2? Mereka telah meninggalkan tinggalan buku2 ilmiah yg hebat yg masih di baca dan di telaah selepas 1200 tahun!! Aduhhh... siapakah aku di celahan mereka? Aku juga ingin mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w... aku ingin diri aku dilihat sebagai hambaNya yg soleh...Ya Allah dengarlah rayuanku, jangan lah Engkau melepas kan pandangan Mu padaku walau sekelip cuma...

Apakah yang telah aku usahakan untuk melayakkan diri mendapat Rahmat Ilahi?

Aku berfikir2... sekiranya khalid Al-walid membawa parut2 di perang sebagai tanda pengorbanan nya kepada Islam, sekiranya imam Bukhari meninggalkan koleksi hadith sahih al bukhari sebagai bukti sumbangannya pada Islam... aku pula bagaimana? Lantas aku berjanji pada diri... Aku bercita2 untuk menyedarkan dan mengajak kembali umat ini bersama-sama ke jalan Islam yg lurus...aku bercita2 memulakan langkah ku dengan sahabat2 ku disini dan seterusnya dengan pelajar2 di universiti ku... Aku ingin melahirkan engineer2 yang mendokong Islam di batu jemalanya, pensyarah-pensyarah yang memimpin anak bangsa ke arah redhaNya, manusia-manusia yang mengagungkan kalimah TuhanNya....moga ianya akan menjadi sesuatu yang aku boleh jawab di depan Rabbul Alamin nanti..Ya Allah, tetapkanlah keikhlasanku, hanya semata-mata untukMu...bantulah hambaMu ini dengan meneguhkannya di jalan agamaMu, kerana, Engkau lah sebaik2 Pencipta, sebaik2 penolong...

Inilah wawasan akhirat aku... bagaimana pula dengan kamu?

Thursday 12 March 2009

A child's prayer, ameen


A Childs Prayer - Zain Bhikha


I sometimes lie awake at night
And wonder at the stars so bright
I dream about my future too
And the things that I will do

Soon the world will count on me
I'm the future they agree
People depend on me somehow
Though small and timid, I am now

So you and I my dearest friend
Must stand together till the end
For we are one by Allah's grace
No matter what our colour or race

We must prepare ourselves today
While we journey on our life's way
So much there is to learn and see
For true believers we must be

Rap:
Yeah, yeah. Come on.
Yeah, yeah. Come on.
Go forward young Muslims, wherever you are
In the shadow of the sun or by the light of a star
Your Supreme protector is Almighty Allah
Go forward young Muslims wherever you are
Go forward young Muslims we feel your pain.
So many places, Palestine,
People are dying, mothers are crying
Bombs are falling from the sky, people asking why.
The only thing that we can do is pray to God, to help them through
But do they realize that Allah hates those who kill and despise.
I think that's no surprise. We must rise up.
Come on young Muslims, gotta rise up.
Come on young Muslims.
Together we must stand in the Masjid to pray,
Pray for a better day, a better way
To make this world a better place.
Cause lets face it, it's out of control.
We need to grab hold of each other, unite as one Ummah.
Like back in the days of the Companions of the Prophet,
Some were young, they were strong and they loved each other
Brothers and sisters and they could die for one another.
Yeah. Yeah.
So stand up young Muslims.
Say it out loud, it's time to be counted.
Right here, right now.
Yeah, right here. Come on, right now.

O Allah we love you so
Give us health and make us grow
Be with us each passing day
While we journey on life's way

I just thought this song is so nice...

Wednesday 4 March 2009

Muhammad Al Fateh

Movie tentang Muhammad Al Fateh




Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Teringat masa jadi tutor kat UIA dulu, masa tu duk ngajar circuit and signals..every tutorial, i took 5 minutes to talk about anything I like...one day, I talk about Muhammad Al Fateh to my students....rata-rata mereka tak kenal siapa Muhammad Al Fateh ni, only a few je yang angkat tangan tanda mrk kenal siapa tokoh ini..

Saya pun berceritalah tentang kehebatan Muhammad Al Fateh ini..I said to them " Dialah tokoh engineer yang kita nak contohi" (al maklum seme tu student engineering)...Dia engineer hebat yang menggunakan segala teknologi yg ada pada zaman dia tu utk meninggikan syiar Islam...dengan itu, telah terbukti Muhammad Al Fateh worthy of the title given in the hadith above...the BEST Leader with the BEST of soldiers...

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu. (Taken from link ini)

He became the khalifah of turki uthmaniyyah at the age of 19! (erm, apa gamaknya yg kita tengah buat masa umo tu, i was still doing A-level and very immature, iskk) but yet, with tarbiyyah yang mantap, boleh membentuk rijal yg hebat seperti dia..

I remember from a lecture in UIA (masa tu kelas tafsir Al Quran), the ustazah said that since a child Muhammad Al Fateh was being raised with strict and very good tarbiyyah. He has a personal naqib, who nurtured him and put in him the izzah of being a muslim and the naqib planted in him the hadith above and said "you will be that leader mention in the hadith"...so, drp kecil, berkobar-kobar cita2 Muhammad Al Fateh utk membuka kota konstatinople...

And after just two years of being a khalifah, dia berjaya menawan kota konstatinople itu...pusat kristian di Timur...hebat, sungguh hebat bagaimana strategi perang yg beliau buat (sila lihat movie di atas utk mengetahui dengan lebih lanjut).

untuk membaca dengan lebih lanjut, sila ke link ustaz fauzi di sini.

Moga kita seme dapat menjadi dan melahirkan ramai lagi Muhammad Al Fateh, menaikkan semula khilafah islamiyah...ameen!