Wednesday 31 December 2008

Gaza berdarah syuhada’ -

- diambil daripada blog ustaz Annuar Salleh dalam entri bertajuk Gaza berdarah syuhada’ -

Sabarlah ya ikhwani.
Kalian diharamkan
daripada kenikmatan dunia
oleh tangan-tangan durjana
kerana kealpaan
saudara-saudaramu di mana-mana
meninggalkan jihad
leka dengan syurga dunia
yang hina fana

Tuhan telah menjanjikan
untukmu Syurga
bersama-sama
Sumayyah dan Yasir
Hamzah dan Khubaib
yang jua
telah mendahuluimu
mewakafkan hidup untuk Allah

Namun airmataku yang mengalir
bukan kerana darah syuhadamu
tapi kerana ramainya
saudaramu di sini
yang gugur murtad
fasik dan bangga
mengikut jejak
budaya Zionis keparat.

Sedangkan para duahnya
ramai yang tertidur
mimpikan pangkat
nama dan darjat.

(Annuar Ibnu Salleh Hussain)

- diambil daripada blog ustaz Annuar Salleh dalam entri bertajuk Gaza berdarah syuhada’

--------------------------------------

Selasa ,30/12/2008 -Dr Moawiya Hassanen, ketua Unit Kecemasan Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, melaporkan tentera udara rejim Zionis terus menyerang pada waktu Subuh hari Selasa dan membunuh 10 Rakyat Palestin.Mereka turut mengebom pihak medik yang cuba memindahkan mangsa yang cedera. Jumlah maut terkini menjadi 360 dalam kurang daripada empat hari, hampir 1700 cedera .

Serangan udara Israel itu mensasarkan kawasan kementerian di belakang Islam University, kawasan bekas Penduduk Palestin Preventive Security di Tal Al Hawa, kawasan Navy barat Gaza, pusat Qassam Brigades di Timur Al Zeitoon Gaza City, utara jalan Gaza City, satu bengkel tukang besi di tengah Gaza dan sebuah rumah yang menjadi kepunyaan salah seorang daripada pemimpin-pemimpin Al Qassam Brigades di utara Gaza.

Helikopter Apache Israel telah menembak dua peluru berpandu ke arah sebuah pusat kepunyaan Popular Resistance Committees, barat Gaza City. Serangan ini di buat sejurus pihak rejim Zionis mengumumkan 2 orang askar mereka mati dalam satu serangan pejuang Palestin.

TV Al Aqsa Hamas melaporkan beberapa penduduk telah terbunuh dan cedera dalam satu serangan udara yang disasarkan ke arah rumah Ayman Siyam , salah seorang daripada pemimpin briged Al Qassam di Jabalia.

Note:
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : gunx

http://www.palestinkini.info

Wednesday 24 December 2008

Masjid Nabawi

Tuesday 23 December 2008

Ziyarah Al Madinah - Jabal Uhud

Pemandangan Bukit Uhud dari dekat

Mt. Uhud is a mountain near Medina. It is 142 meters high. It was the site of the second battle between Muslim and Meccan forces. The Battle of Uhud was fought on 23 March, 625 CE, between a force from the small Muslim community of Medina, in what is now north-western Arabia, and a force from Mecca. Jika perasan, bukit kecil di sebelah kanan gambar ialah bukit dimana para pemanah Uhud berada...


sesampainya kami di Jabal Uhud, Ustaz Mazrul (yang berjubah dan berserban putih) memberikan sedikit sebanyak taklimat tentang bumi yang bersejarah itu.

Ustaz Mazrul menunjuk kearah Bukit Uhud...


Oh Uhud

Anas bin Malik, may Allah be pleased with him, reported:
Allah's Messenger (may peace be upon him) said:"
Uhud is a mountain Which loves us and which we love
"

Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 2467

Sekali lagi model kita berposing di depan perkuburan para syuhada' Uhud... di antara sahabat-sahabat terkenal yang di kubur disana ialah bapa kepada para syuhada', bapa saudara nabi, Hamzah bin Abu Muttalib.. Di sunatkan untuk memberi salam kepada ahli2 qubur jika menziarahi perkuburan orang2 Islam....

Cerita tentang Hamzah r.a. ..our hero...

Hamzah ibn Abdul-Muttalib fought fiercely, killing many Qurayshi heroes. No one could stand against him until Wahshi, the slave of Jubayr ibn Mut'im, waited for him in ambush. He was expert at throwing the javelin and seldom missed his mark. Jubayr had promised him that he would set him free if he killed Hamzah. He had killed his uncle Tu'aymah in the Battle of Badr. Hind, the wife of Abu Sufyan who was thirsting for revenge, also encouraged him to kill Hamzah. Wahshi attacked Hamzah with his spear, striking him so hard that it pierced the lower part of his body. Hamzah fell, a martyr.

Cerita tentang Mus'ab bin Umair :

Muhammed s.a.w addressed the dead body of Mus'ab thus:

“When I saw you for the first time in Mecca there was nobody more handsome and well-dressed than you. But, I see that today your hair is uncombed and only a sheet of cloth covers your body!”

The dead of Uhud could not get proper shrouds because in those days Muslims were poor and lacked money. Mus‘ab bin ‘Umair had only a sheet of cloth over his body; if the head was covered, the feet were bare and when the feet were covered the head was left bare. In the end, his head was covered and his feet were covered with grass. Such was the shroud of Mus ‘ab bin ‘Umair (Allah be pleased with him) - the great martyr of the Muslim nation.

Di perang uhud ini, 70 orang telah menjadi para syuhada', kebanyakannya daripada golongan Ansar....manakala 22 orang kafir quraisy telah terbunuh.



Pemandangan dari atas buki pemanah, kelihatan perkuburan para syuhada' Uhud ..
Di kaki bukit penuh dengan peniaga-peniaga menjual barangan dagangan mereka.

Bukit tempat pemanah Uhud pernah mempertahankan Islam di latar belakang gambar

Hadith tentang perang Uhud :

Hadis riwayat Sahal bin Sa`ad ra.:

Bahwa dia ditanya tentang luka Rasulullah saw. dalam perang Uhud, Sahal menjawab: Wajah Rasulullah saw. terluka, gigi seri beliau patah serta topi perang beliau juga hancur. Fatimah putri Rasulullah saw. lalu membersihkan darah beliau sementara Ali bin Abu Thalib menuangkan air ke atas luka dengan menggunakan perisai. Ketika Fatimah melihat ternyata air hanya menambah pendarahan, ia lalu mengambil sepotong tikar dan membakarnya hingga menjadi abu. Kemudian Fatimah menempelkan abu tersebut pada luka beliau hingga berhentilah aliran darah itu

Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim : 3345


Bukit Uhud telah menyaksikan detik yg sangat bersejarah dalam kehidupan umat Islam, banyak pengajaran-pengajaran yang dapat di pelajari bila kita meneliti bahagian seerah ini..moga kita semua mengambil manfaat daripadanya...



Inilah kumpulan kami, satu-satunya gambar yang ada kesemua rombongan haji MSM...jurugambar akhi Rahman sahaja yang tiada dalam gambar ini...kesemuanya 28 orang..alhamdulillah this journey mentautkan dan merapatkan lagi ukhuwwah sesama kami.. indeed a very special memory....

Monday 22 December 2008

Ziyarah Al Madinah - Masjid Quba'


Bersedia dalam bas untuk pergi ziarah

Abbad dan Ustaz Yusof dalam bas


Semasa kami di Madinah, kami di bawah pergi menziarahi tempat2 bersejarah di sekitar Madinah oleh travel agent kami... maka berangkat lah kami 3 bas semuanya...orang2 melayu semua duk satu bas...

Di dalam bas, ada juga orang yg bercerita tentang sejarah2 tempat ini, tapi dalam BAHASA URDU...hehe..arakian maka terpinga-pinga lah orang orang melayu semuanya, maka adalah sekiannya yang tertidur, terngaga, ter berangan...hehe...akhirnya di usahakan supaya ada org pakistan dlm bas tu utk translate dlm bahasa inggeris...Alhamdulillah, dapatlah juga kami serba sedikit ilmu...sangat menarik....

Tempat pertama yang kami singgah ialah Masjid Quba'..


Masjid Quba dari luar


Ustaz bergambar dengan Abang Tahir didalam masjid Quba'


Sedikit cerita tentang masjid quba, dari sumber yang sentiasa at your finger tip, Pakcik Google :D

"The Quba Mosque (Quba' Masjid or Masjid al-Quba, Arabic: مسجد قباء) just outside Medina, Saudi Arabia, is the first mosque ever built and the oldest mosque of Saudi Arabia.

Its first stones were positioned by the prophet Muhammad on his emigration from the city of Mecca to Medina and the mosque was completed by his companions.

Muhammad spent more than 20 nights in this mosque (after migrating) praying qasr (a short prayer) while waiting for Ali whose house was behind this mosque."

Dan yang menarik ramai org ziarah masjid ni kerana, jika kita amik wuduk sebelum dtg, dan sampai sana solat sunat dua rakaat, akan dpt pahala seperti mengerjakan umrah!

"Whoever purifies himself (take wudhu') in his house then comes to Masjid Quba' and prays in it has the reward like that of Umrah. (an-Nasa'i and Ibn Majah)"

Apa lagi kengkawan, cepat2 pasang niat utk ke tanah suci Allah ini :)

Monday 15 December 2008

Ahlan wasahlan Ya Hajji!

6 hari pertama di Madinah Al Munawwarah

Pakej Haji kami bermula dengan ziarah ke bandar junjungan Rasululullah s.a.w kita iaitu Madinah...kami berlepas ke airport Madinah drp London dengan menaiki Egypt air...disebab kan flight kami dari london dah delay lebih kurang 2 jam, maka kami transit di Cairo hanya beberapa jam sahaja... ustaz nostal la sket, al maklumla balik ke tempat dia pernah study dulu :)

Tak ingat dah sampai madinah pukul bape, dalam kul 2 pagi camtu kot... sampai2... di greet dengan polis2 madinah dengan wajah yg ceria, ditanya mereka, min aina? Malizi? Kami pun jawab la, na'am malizi..dan terus disambut dgn...

"Ahlan wa sahlan Ya Hajji " kata mereka...wah, terasa yang kedatangan kami di alu-alukan ke bumi dimana tubuh mulia rasulullah di kuburkan...
Lepas tu chaos sket...kami di suruh naik bas oleh travel agent kami, Mr. Mansha...tapi ada juga dikalangan org melayu dlm geng kami (oh ye jumlah org melayu yg pergi bersama kali ni sebanyak 28 orang)... belum keluar building airport tu lagi...akhirnya kami naik juga bas tu kerana katanya dia akan pastikan semua sampai di apartment kami... beg2 kami di lontar dan dicampakkan keatas bumbung bas...(normal di situ bawak beg atas bumbung bas, almaklum probability nak hujan di sana amat tipis sekali, jadi selamat la beg2)

Dalam ngantuk2 tu sampai la kami ke apartment... kata Mr. Mansha terus amik wudhuk dan solat subuh berjemaah di masjid nabawi... saya dan suami pun bersiap2 dan pergi kearah masjid tersebut.. it took us lebih kurang 15 min jalan kaki ke sana, dan lintas 2 jalan besar...sampai2, rupanya pintu masuk kedalam masjid lelaki dan perempuan berbeza... terpaksa lah berpisah, saya pun bawa diri nak masuk ke masjid nabawi...

Di setiap pintu ada polis2 perempuan menunggu...mrk akan cek beg2 kita, jika ada bawa kamera or henfon ada kamera... masa tu mana la tahu x leh bawa henfon tu...tup tap, di check, akhirnya polis tu tunjuk suh solat kat luar sahaja....iskk...terkilan jugak rasanya...

Maka subuh pertama di Madinah bersolat di perkarangan marmar masjid nabawi...waduh2 masa tu sejukkkkk amat lah terasa, kene duk dalam 2 jam lebih gak kat luar tu, tak bawa sejadah lak tu dan bertemankan baju nipis sahaja yg di pakai... masih ingat lagi..dalam hati berdoa... bila nak masuk subuh ni?? terasa 2 jam seperti 5 jam sahaja...

Selesainya solat subuh, maka saya menunggu la pula suami tercinta utk pulang ke aprtment bersama2...tunggu dan tunggu dan tunggu...tak juga nampak batang tubuhnya (plus hanya sorang je yg bawa henfon, so xde cara lain nak kontek)...setelah cam sgt kesejukan akhirnya nampak la dia muncul...iskk....lepas ni kami bersetuju utk saya ikut geng2 perempuan sahaja, sebab susah sgt nak komunikasi jika apa2 terjadi dan seorang terpaksa menunggu....:)

That was our first day di Madinah... selanjutnya banyak peristiwa2 manis yg di lalui ketika kami di sana....

Saturday 13 December 2008

Hajj : A journey of a lifetime... our story


Alhamdulillah, telah selesai ibadat haji kami...jutaan syukur dengan rahmatNya, kami mampu menghabiskan rukun islam ke lima ini.. banyak betul pengajaran dan kenangan manis yg ingin kami kongsikan bersama, moga2 pembaca semua mendapat manfaat, inshaAllah, secara bersiri, kami akan menceritakan pengalaman haji 2008 kami dikit berdikit...

kami sampai di airport London heathrow pda 12 Dec pada pukul 3.50 pm, awal setengah jam drp yg dijangkakan...penerbangan kami drp Jeddah airport, Hajj terminal ke Cairo (transit di sana 6 jam) dan kemudiannya ke London...perjalanan yg terasa sungguh jauh dan lama....:), alhamdulillah 'ala kulli haal...

Kemudian kami sewa kereta, dan dengan jasa baik Abbad tolong drive sampai la ke sheffield, jazakallahu khair to Abbad...Sejak sampai di sheffield, kerjanya tidur dan tidur dan tidur...tujuannya nak regain energy...hajj really tested our endurance, energy, stamina, and will power....

nak sambung tidur lagi...inshaAllah ada masa kita sambung lagi...

oh ye gamba di atas ialah Ustaz Yusof di Masjid Nabawi di Madinah Al Munawwarah..